Wednesday, 8 October 2014

The celebration

Terima kasih untuk perasaan ini ya Rabb. Engkau berhak mengambil sesuatu yang bukan milikku tetapi Engkau gantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik.

Satukan lah kami dgn keredhaan kedua ibu bapa kami dan Engkau redhakanlah kami dgn kebaikan dan rahmat Mu.

Someone has deserved the special place in my heart.

Thursday, 21 August 2014

Hadiah kesabaran

Fasa enam bulan berjaya dilalui dengan kesabaran dan kesungguhan. Alhamdulillah utk rasa ini.... realiti dan bukan lagi mimpi. Bukan lagi angan-angan.
Benarlah janji Allah : apabila kita meletakkan Dia di hadapan, sesungguhNya apa yang Dia beri lebih indah dari apa yang kita kejar.

Rasa bahagia bila melihat teman teman di sekeliling juga merasa bahagia itu dengan hidup masing-masing. Mereka yang melihat jatuh bangkitnya aku. Terima kasih atas doa dan harapan kalian.

Untuk yang di atas, Engkaulah Tuhan sebaik baik tempat utk aku meletakkan sepenuh pengharapan. Engkau jua lah sebaik baik perancang.

Terima kasih.

Saturday, 12 July 2014

Hundred Five O

Moga rasa ini kekal dan bertambah lagi selepas halal akad.

Aku berdoa untuk 'itu' . Dan masa itu. Mudah mudahan Allah perkenankan.

Hampir 150 hari, tapi semuanya macam baru semalam berlaku.

Terima kasih yaAllah untuk rasa bahagia yg kesekian kalinya untuk aku nikmati.

Saturday, 14 June 2014

Memaafkan

Aku akan belajar untuk sentiasa memaafkan, walaupun bukan mudah.

Tapi untuk percaya sekali lagi, mungkin tidak lagi.

Bercerita hanya perkara yang penting2, yang ada urusan sahaja.

Bukan apa, cuma bila ditikam lagi. Aku rasa serik.

Terima kasih, ruang yang ada hanya utk mereka yg menghargai.. bukan menyakiti.

Dan aku belajar sesuatu, percaya seseorang bertahun. Tapi untuk meleraikan hanya sekejap sahaja.

Adios.

Tuesday, 27 May 2014

100 days

It's unbelievable, but it happens.

All is well .

All praises belongs to Allah.

Thank you , MS .

You return back my old smile.

Love you.

Thursday, 15 May 2014

Current life #3

Semuanya indah mengikut aturan Dia. Alhamdulillah ya Allah, Engkaulah sebaik baik perancang. Melepaskan itu besar hikmahnya, sekarang aku dah rasa.

Fasa bahagia ini baru bermula, tapi sejujurnya semua sangat tenang dan menyenangkan. Aku x perlu lagi risau tentang perkara perkara yang remeh. Namun aku masih perlu berhati hati..

Ya Allah terima kasih utk rasa bahagia Engkau titipkan untuk kesekian kali.. yang aku x pernah jangka dia hadir sbg pengganti apa yang telah pergi... aku redha akan kehilangan itu, sebab Engkau beri aku pengganti  yang baik pekerti, menyenangkan dan menjaga inshaAllah...

Moga kali ini pengakhiran yg baik dan dgn ikatan sbg 'yg halal' .

Amin ya rabbal alamin.

Saturday, 26 April 2014

#newlife 2

Perjalanan yang sangat singkat, tanpa aku sedar.

Pernah berkata takkan ada ruang secepat ini, tapi bila Allah telah merencanakan sesuatu untuk aku.. aku yakin ini yang paling terbaik.

Alhamdulillah, hikmah ujian itu manis. Ganjaran untuk orang yang bersabar. Wallahualam. Tapi syukur Allah itu Maha Mendengar.

Aku mohon Allah terus buka hati ini untuk terus ke hadapan, bukan lagi ke belakang.

Permulaan yang baik, moga berkekalan.

Pelangi, terima kasih.

Engkau punya sesuatu, perjalanan ini singkat tapi aku rasa memang ada sebabnya kenapa kita jumpa pada saat ini.

Alhamdulillah.

Friday, 18 April 2014

#newlife

Pelangi,

Selamat datang dalam hidup. Aku percaya engkau adalah kiriman dari Tuhan untuk selamatkan aku. Supaya aku tidak terus rebah.

Aku bersyukur engkau datang saat aku tidak mengharap apa apa lagi.

Terima kasih. Dan aku akan terus kira hari kita sejak dari yang pertama.

Jaga diri pelangi. Engkau adalah sebab untuk aku senyum sampai nampak gigi.