Bila dikenang semula rasa seperti ajaibnya. Dari dia yang bukan siapa siapa, hatta berselisih bahu pun buat tak tahu. Aku senyum dia tunduk malu. Tak sia sia lari kejar lif semata mata nak naik sama. Masuk dalam kelas dia tapi tak tengok apa yang diajar. aku tengok siapa yang mengajar. sambil pandang senyum senyum. Tak sia sia curi nombor telefon lepas tu save dalam phone. Setiap kali scroll whatsapp contacts, bukak nama dia. taip dan padam. Segan rasanya nak tekan send. Setiap pagi lalu parking tengok ade tak bumblebee dekat parking lot. waktu breakfast hampir setiap hari pandang dia walaupun dia tak kenal siapa aku masa tu.
Setahun lepas saat aku diuji, dia ada untuk menenangkan dan mendengar setiap tangis aku. Dia ada saat aku rasa tiada lagi orang yang boleh dipercaya selain keluarga. Dia ada saat aku rasa ingin rebah. Aku percaya dia adalah,kiriman tuhan untuk lihat aku terus berdiri dan merasa apa itu bahagia.
Hari ini, percaturan Allah itu indah dan pasti. Dia bukan lagi orang yang asing dalam hidup tapi dia orang yang menjadi sebahagian dalam hidup aku. Bila setiap kata katanya aku perlu taat dan melayan dia dengan baik. Bila aku adalah cerminan bagi dirinya dan dia adalah cerminan diri aku.
Satu akad yang dilafaz mengikat kami hari ini dan moga moga dengan izin Allah hingga ke syurga. Alhamdulillah.
Suami, terima kasih kerana memperisterikan aku yang punya banyak kekurangan. Kamu adalah kiriman Tuhan yang menyenangkan. Dan aku punya sebab untuk terus bahagia bila ada kamu.
Salam sayang,
Isteri ❤