Menulis adalah terapi terbaik bagi diri aku. Menulis memberi kepuasan untuk aku. Sekarang dah bulan 9 , September. A few september moments datang balik dalam kepala. Semuanya macam berputar. Kembali macam masa dulu...
Sekarang apa apa pun aku rasa macam kurang endah, kurang rasa. Kalau boleh ulang masa. Pasti aku dah pilih jalan yang hanya aku boleh lalu. Bukan orang lain. Hanya aku sahaja.
Entahlah, jujur aku benci bila rasa ini kembali bertandang. Bezanya cuma tahun . Masa dan persekitaran berubah. Aku rasa jelak . Aku rasa nak lepaskan diri aku dan hidup mcm orang biasa. Macam orang lain.
Aku benci nak ingat apa apa yang pernah ada dalam hidup aku. Aku benci dengan kenangan sebenarnya.
Entahlah.
Teruskan berjalan. Tapi dalam masa yang sama kita patut tahu simpang mana kita patut berhenti.
Yang aku tahu. Aku kena pentingkan diri aku dulu.