Tuesday, 27 August 2013

Bahagia

Allah beri ini untuk aku. Tiga orang yang aku boleh panggil kawan. Ya, bukan sentiasa ada di sisi tapi tak pernah lupa untuk selitkan dalam doa. Moga Allah pelihara persahabatan ini sampai kita berempat dah tua.  Terima kasih untu hujung minggu yang sangat menyenangkan. Doa aku moga kalian sentiasa beroleh kebaikan akan datang dalam seluruh aspek hidup. 5 tahun dan sentiasa akan kira selagi Allah beri izin. All and all, they deserved a special place in my heart. *hugs*

After all i found who the real friends are.

Thank you for always make me happy. See you again in next trip.

Sunday, 4 August 2013

Galau

Serasa hati risaukan sesuatu. Risaukan sesuatu yang aku pun tak tahu apa puncanya. Ya Allah, Engkaulah yang Maha Mengetahui........

Mungkin henyakan masalah yang datang bertimpa dan tidak pernah berkesudahan buat aku rasa begini... Selalu mengimpikan kehidupan yang sempurna, aku perlu berusaha.

Di tahap sekarang. . Aku dah tak punya masa untuk sibukkan diri dengan orang lain. Hanya yang terpenting sahaja. Yang ada di sisi. Yang tidak memberi apa apa lupakan saja. Aku lelah.

Ramadhan hampir ke penghujungnya. Syawal bakal menjelma. Apa yang ada? Hanya kita yg mengetahui.......